Keraton Embah Anang

Keraton Embah Anang

Tentang Kami

Keraton Embah Anang

Karaton Embah Anang merupakan tempat yang ditubuhkan oleh anak-anak keturunan jawa dari Kampung Parit Bugis yang sebahagiannya menetap di daerah yang berbeza dalam negeri Johor.

Tujuanya adalah untuk mengeratkan dan menguatkan silaturahim anak-anak jawa serta menyuburkan jiwa kemasyarakatan dan seni budaya jawa yang telah diwariskan oleh para leluhur kami.

Kebudayaan jawa telah menjadi sebahagian budaya Malaysia dalam kalangan orang melayu berketurunan jawa. Aktiviti hidup bermasyarakat dan seni budaya seperti barongan, kuda kepang, kompang jidur, ludruk, wayang kulit dan yang lain-lain perlu dipelihara agar ia terus mekar dan subur menjadi warisan zaman-berzaman.

Keraton Mbah Anang juga adalah lokasi pejabat Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor yang mana ianya adalah sebuah rumah pusaka yang dibangunkan semula menempatkan seni bina ukiran jawa.

Komen Dari Masyarakat

Peringkat: 5 dari 5.

“爪哇屋”被古色古香的塔墙围绕​着,外景非常壮观”

《中國報》柔佛人
(China Press Johor)

Peringkat: 5 dari 5.

“Mengenal dan merasa sendiri pengalaman ​kehidupan budaya tempatan dan mendengar ​kisah-kisah tentangnya memberi peluang diri ini ​memahami beberapa perbezaan dan persamaan ​antara Jepun dan Parit Bugis. Walaupun kita boleh​ mencari segala-galanya di dalam talian sekarang,​ saya rasa kita dapat merasai budaya dengan lebih​ baik dengan pengalaman secara langsung…”​

Ito Yuki
(Japan)

Peringkat: 5 dari 5.

“Today, I fulfilled an aspiration to embark ​on a journey to explore my Riau-Johor ​Malay roots and its intersection with ​Javanese cultural heritage. T​hank you Persatuan Jawa Parit Bugis Muar ​Johor and Kraton Mbah Anang for the i​nvitation to share my perspectives on Javan​ese culture in the Malay World.”

Suryakenchana Omar
(Singapore)

Peringkat: 5 dari 5.

“The weekend trip to Parit Jawa/ ​Parit Bugis was memorable not ​only for the opportunity to ​explore the Javanese diaspora of ​Johore in the Muar/ Batu Pahat​ district – the food, the culture and​ specifically the Wong​ Jowo Festival…​”

Rossman Ithnain
(Singapore)

Peringkat: 5 dari 5.

“Saya dan rakan2 teruja melihat R&D orang kampung Pt Bugis yg ​diterjemahkan dlm bentuk produk pelancongan yang menyangga ​budaya masyarakat Jawa di Nusantara. Ia berjaya menarik pelancong ​dari dalam dan luar negara serta memberi manfaat kepada ramai ​peniaga/ penggiat budaya / masyarakat setempat. Ini hebat kerana ​banyak sungguh R&D yang dibuat yang menelan belanja jutaan ringgit ​tetapi tidak mampu dikomersilkan. Ia bukan perkara yg mudah..

TAHNIAH org Muo & org Pt Bugis! Banyak yg kami belajar… 💪”

Azizi Yusoff
(Muar, Malaysia)

Peringkat: 5 dari 5.

“Parit Bugis, Muar is one of the popular Javanese ​community locations, not only because of the ​existence of Keraton Embah Anang, but also ​because of the richness of the Javanese ​community’s indigenous culture inherited from ​their ancestors for generations. The art of ​Barongan and Kuda Kepang dance, for example, is ​one of the traditional dances of the Johor Javanese ​community, mainly presented during weddings, ​and celebrations…”

THE CEO e-Magazine
(Selangor, Malaysia)

Peringkat: 5 dari 5.

“Pesta Bulan Mengambang anjuran Persatuan Jawa Parit Bugis Muar ​adalah satu pesta bulanan yang diadakan pada setiap bulan ​mengambang. Budaya serta adat orang Jawa disambut, diraikan serta ​dipromosikan kepada orang ramai , komuniti setempat serta orang luar ​yang turut hadir pada malam tersebut. Puisi, silat, barongan, zapin, ​wayang kulit, upacara mandikan keris serta beberapa tarian lain turut ​dipersembahkan untuk tontonan orang ramai.

Kraton Embah Anang di Parit Bugis Muar memang menjadi lokasi ​tumpuan ramai bukan saja pada Pesta Bulan Mengambang tapi juga ​boleh dikunjungi pada hari biasa. Persatuan Jawa Parit Bugis juga adalah ​antara tulang belakang menjayakan program ini yang turut mendapat ​sokongan daripada Aswara serta beberapa penggiat seni yang lain. ​Seronok dapat meraikan pelbagai budaya dan adat komuniti-komuniti ​unik di Muar.

Terima kasih kerana sudi menjemput saya.

Saya menantikan sambutan seterusnya.

Ada yang nak pergi dengan saya?

Mari saya tunjukkan keunikan Muar kepada semua.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman al-Sagoff

(Muar, Malaysia)

Apakah ini situs baru Anda? Masuk untuk mengaktifkan fitur admin dan mengabaikan pesan ini
Login